Sunday, 4 November 2012

Serba salah

Sejak-sejak kejadian itu..

aku takut nak jumpa dia.
aku takut nak bertentang mata dia..
kadang-kadang aku rasa kaki aku tak jejak tanah bila ternampak dia.
diri aku terasa di awangan sekejap.

kadang kadang rasa nak menyorok bila nampak dia

maksudnya...?

walau hati aku nakal, tapi aku tak sanggup nak tipu suami aku.
aku tak sanggup buat benda2 tak senonoh belakang dia..

aku doakan dia cepat-cepat pergi..
cepat cepat pindah JB.

aku benci dia..
tak terkata benci nya..



Thursday, 1 November 2012

Bila ku sedar diri.. sesungguhnya aku sendiri tak mampu

Aku jumpa dia berdua-dua saja.. dalam kelas..
mula nya sembang biasa..

sedar-sedar dah masa nak balik..
aku mintak diri nak balik..
tau tau je.. dia datang dan memeluk aku..
dan cakap "please... sayang, kiss me"


masa tu aku sangat terkejut.. sangat-sangat.. rasa nak menangis.. 
8 tahun dengan husband aku sahaja.. tak der orang lain..

aku mintak dia lepaskan aku..
kemudian aku pergi tinggal kan dia..

sedih sangat..
rasa di khianati.. 
rasa di sakiti..

bila berdepan situasi macam ni baru aku sedar dan tahu...
aku sendiri tak mampu nak menghadapi perasaan ini..

aku tak boleh tipu husband aku
sentiasa kenang anak2..

Tuhan tolong lah... 

Saturday, 13 October 2012

Terbang lah tinggi

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah




I miss him


miss him so much..


Ya-Allah tolong lah aku...

Sunday, 9 September 2012

Di rantai di gelangi Rindu

Ku tahu..
Dia pernah beritahu saya..
Dia akan di tukar ke Kampus baru di Johor Bahru.

Masa tu aku buat biasa2 je..
Hati x sedih sikit pun..

Tapi dalam masa yang sama..
Aku rasa nak lari jauh2..
Boleh ke aku hadapi kenyataan hidup tanpa dia?
boleh kah aku ?

Memang boleh..
Cuma,
Aku rasa kehilangan yg amat secara tiba2..

Rindu..
sangat rindu..


********

Wednesday, 5 September 2012

Kalau rindu.. katakan lah..

Lama tak update kan...

Kadang-kadang tak tahu nak cerita pasal apa.. sebab.. sekarang ni dah jadi lain macam..
tak tahu naper..

kadang2 dia terlalu baik.. terlalu mesra.. tapi selalu nya aku buat2 tak layan..
Dia suka tengok aku..
Dia suka duduk dekat dengan aku..
Dia suka kongsi macam2 ngan aku..

Dia selalu teman aku kalau aku balik lambat.
Dia selalu tolong aku kalau masa susah..

dan......... dari situ lah ada banyak mulut yang mengata.

Mulanya aku anggap biasa.. kalau dah terlalu baik dengan seseorang terutama berstatus macam kami ni.. mesti ada yang akan mengata ..

Tapi.. kisah kami sampai jadi bualan student di kolej.. dan puncanya pula ialah dari salah seorang pensyarah di kolej jugak.

Masa tu aku rasa sangat terrible.. ye lah... mulanya kami memang biasa2 je.. bergurau2.. sampai lah bergurau2 benda tak patut. Tapi, kalau aku lah.. nama pun bergurau.. gurau je lah.. No heart feeling kan?
tapi, orang lain lah pulak yang ada heart feeling..

Entah apa hal lah ngan orang tu..
sampai boleh tanya soalan cam ni kat student aku

"Apa bagusnya Pn Suzie tu sampai semua orang suka kat dia?"
"Sampai En. Fakhrul tu pun boleh suka dia"

**aku rasa nak pengsan bila dengar mcm tu**

sebab.. 1. Suma orang kat Kolej tu baik ngan aku..
            2. Secara tak langsung bila kuar statement camtu, confirm student ingat aku ada SKANDAL ngan   En. Fakhrul..

Oh... No!




Tuesday, 14 August 2012

Aku ..

Aku sekeping hati yg rindu..


Rindu bersua wajah dengan nya..
Rindu bergurau senda dengan nya..

walau aku tahu cinta ini cinta terlarang..


Wednesday, 25 July 2012

Kalau lah ku tahu..

Bila dah tahu status dia.. lagilah serba salah.. sebab masa program motivasi berlangsung..
kami mesra sangat..
sampai makan pun bersuap..

masa tu aku terfikir jugak..
kalau lah suami aku tahu, memang aku kena kerat 14 dgn dia..

kalau isteri dia tahu..
mau ada yang kena simbah asid..

tapi masa tu aku anggap usikan dia je..
saja nak memeriahkan suasana..
Tapi..
rupa2 nya
diam2 aku rasa,,
Aku jatuh..
jatuh tapi tak sakit.. jatuh cinta lah tu...

tapi..
aku masih sangat sayang suami
anak2 ..

aku cuba lari..
menafikan perasaan yang terlarang..
saban hari aku berdoa.. agar Tuhan jauhkan aku dari perkara2 terlarang..
Agar perkahwinan kami kekal sampai akhir hayat kami..
sampai syurga..
Amin..

Wednesday, 18 July 2012

Andai dapat ku undurkan putaran dunia

Aku & Mr Fakhrul di tugaskan menyediakan pengangkutan bagi pelajar-pelajar yg akan mengikuti program motivasi tak lama lagi..

Masa tu aku rasa nak tepuk dahi sendiri..
aku & Dia.. boleh ke bekerjasama?
Dah la tak berapa rapat ngan dia..
tapi rupa nya itu salah satu sebab..
langkah pertama..
Aku kenal Dia dengan lebih mendalam..

Aku pulak jenis selamba..
mungkin sebab dah biasa bekerjasama ngan rakan sekerja lelaki.
jadi.. kadang2 terlepas lawak2 Blue..
Maklum lah... masing2 dah kawen..
Aper ader kisah sangat kan bro!

Tapi...
tak tahu lah pulak aku...
Dia tu DuDa..
Aiseh men!

***********************************************************************************

Friday, 13 July 2012

Dia.. Aku

Aku..

Hidup yang normal..

Normal yg kadang2 boring..

pergi kerja..

balik kerja..

anak2.....

penyeri rumah tangga kami..

hingga hadir nya..

DIA..

********************************************************************************

Wednesday, 11 July 2012

Dia

Jumaat...

Hari tu mula2 kami bercakap.. lepas 4 hari dia masuk kerja... dia senyum.. aku pun senyum.. aku bagi tahu hari Jumaat petang tak de kelas.

Dia garu2 kepala sambil kata.. saya tak tahu pun.. tak ada siapa pun bagi tau saya.. penat saya tunggu dalam kelas..

aku cakap.. tak pelah.. sekarang dah pukul empat.. dah boleh balik..

senyum..

dan senyum lagi..


siapa dia?

En. Fakhrul.. lecturer baru di kolej.

boleh tahan hensem orang nye..


dan aku?

juga lecturer baru..

tapi aku dah kawen...

dah ada dua anak..


aku & dia..
bermula cerita...........